VALENTINE DAY
Benarkah ia hanyalah kasih sayang belaka?
"Dan
jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah
mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah)." (Surah Al-An�am: 116)
Hari
'Kasih Sayang' yang disambut oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun
terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di seluruh
negara bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya
bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan
bukan Islam dan hanya wujud demi untuk mempromosikan Hari Valentine.
Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel,
organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang
berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Hari Valentine. Dengan
pengaruh media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen;
sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan
Hari Valentine.
SEJARAH VALENTINE
Sesungguhnya
merupakan hal yang amat menyedihkan (tidak sepatutnya terjadi) apabila
telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Hari
Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut
'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi
gelaran Saint atau Santo.
Pada
tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana penentangannya
(pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja
Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang
dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam
menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St.
Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi
sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur
hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine
kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno
yang disebut �Supercalis� yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah
orang-orang Romawi itu masuk (memeluk) agama Nasrani (Kristian), pesta
'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.
Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang'
juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih
sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal
14 Februari.
Dalam
bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata
"Galentine" yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara
galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para
pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan
berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin
akan terus bergeser jauh pengertiannya (jauh dari erti yang sebenarnya).
Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal
usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenali
Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan,
bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui
latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari
sini dapat diambil kesimpulan bahawa dari (hal/saat/waktu) ini hanyalah
tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha
merosak akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup
barat dengan kaedah percintaan (bertopengkan percintaan), perjodohan dan
kasih sayang.
PANDANGAN ISLAM
Sebagai
seorang muslim tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita akan
mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas sumbernya bukan dari Islam?
Mari kita renungkan firman Allah S.W.T:
"Dan
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu
akan diminta pertanggungjawabnya". (Surah Al-Isra: 36)
Dalam
Islam kata "tahu" bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera
yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat
isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau
mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila,
bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh
kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut
kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah S.A.W: "Barang siapa yang meniru atau mengikut suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".
Firman
Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran (keluarga Imran) ayat 85: "Barang
siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah
diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi."
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN
Dalam
masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca
mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama
(Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus
difahami di dalam masalah 'Valentine Day':
1. PRINSIP / DASAR
Valentine
Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan
'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama
Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang
dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
2. SUMBER ASASI
Valentine
dengan jelas bukannya bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari
rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana
itulah, berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika
tidak berdasarkan kepada Islam (Allah), maka ia akan tertolak.
Firman
Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 120: "Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama
mereka.
Katakanlah:
"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan
datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu."
3. TUJUAN
Tujuan
mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah
baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan
bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah
meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya
dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan
persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan
Penyayang. Bahkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak beriman salah
seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti
cintanya kepada diri sendiri."
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah
firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada
Tuhannya." (Surah Al Isra: 27)
Surah
Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi: "�walaupun kamu membelanjakan semua
(kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati
mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya
Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Sudah
jelas apa pun alasannya, kita tidak dapat menerima budaya import dari
luar yang nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah
kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan.
Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
Sudah
berapa jauhkah kita menghayunkan langkah dalam memuja-mujakan Valentine
Day? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini (saat ini), agar jangan
sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita iri hati dan
cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah
Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan
bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang
di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan
'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
Lihatlah
kebangkitan Islam. Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh
peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya.
Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang
bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang
bernyawa.
MARILAH BERISTIQAMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah S.W.T:
"�dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu
kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang
yang zalim."
Semoga
Allah memberikan kepada kita hidayah-Nya dan ketetapan hati untuk
mendapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran
serta menjalankan ajarannya.
Tujuan
dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin
Allah S.W.T, kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam
sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah S.W.T:
"Barangsiapa
yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia akan bersama orang-orang
yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar
imannya), syuhada, sholihin (orang-orang soleh), mereka itulah
sebaik-baik teman."
"VALENTINE
adalah nama seorang paderi. Yang bernama Pedro St. Valentino. 14
Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini
mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih
sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM. Tumbangnya Kerajaan Islam
Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga anda semua mengambil
pengajaran dan iktibar dari kisah ini. Jadi, mengapa kita ingin
menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya
kerajaan Islam kita di Sepanyol?!"
Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com
p/s > Berdasarkan suma artikel ney...saya sudah faham dan hayati....saya baru dapat information ney dgn detailnya...terima kasih.... Just nak tahu and Share...
The 14th February ??



0 Orang Sudi Berbicara:
Post a Comment
Your Comments Right Here