Selamat
berhujung minggu semua.Hari ini aku nak share pasal masalah dan
kelemahan yang sering dihadapi oleh superheroes.Walaupun kita selalu
tengok dekat filem atau televisyen yang superheroes ni kuat dan selalu
berjaya mengatasi musuh-musuh mereka tapi hakikatnya, mereka juga
manusia biasa.Tiada manusia yang sempurna.Jom kita tengok apa kelemahan
superheroes ni.
Batman
Tak dapat bekerja pada waktu siang kerana mempunyai alergik terhadap cahaya matahari.Dipahamkan apabila terdedah kepada cahaya matahari, Batman akan diserang virus sawan.
The Flash
Sering mendapat surat saman daripada JPJ dan polis trafik disebabkan kantoi speed trap.Kena tahan dekat road block dah menjadi perkara biasa.
Spiderman
Bila musim hujan dan angin yang kuat, jaring lelabahnya tidak dapat melekat pada dinding-dinding bangunan dan ini amat menyukarkan spiderman untuk tugas-tugas menyelamat mangsa banjir.
Ironman
Sut besi (iron) yang dipakainya tidak sesuai untuk operasi musim panas kerana ketiadaan sistem penghawa dingin di dalam sutnya.Ini akan menyebabkan Iron Man berpeluh satu badan.Selain itu,Iron man juga tidak sesuai untuk operasi dalam air kerana bimbang akan lemas disebabkan sut besinya yang berat.
Wolverine
Tak sesuai untuk operasi yang memerlukan proses angkat-mengangkat mangsa kemalangan kerana bimbang kuku besinya yang tajam akan tertikam orang mangsa.Tak pasal-pasal bertambah parah pulak kecederaan orang tu.
Superman
Kesukaran
mendapatkan seluar dalam berwarna merah kerana jarang sekali dijual di
pusat-pusat membeli belah seluar dalam yang sama warna dalam satu kotak 3
in 1 ataupun 5 in 1.Nak taknak kena pergi cari dekat pasar malam.Baru
boleh pilih color yang sama.
Ultraman
Kelemahan
yang selalu kita tengok dalam TV, Ultraman ni hanya boleh berlawan
dalam masa beberapa minit sahaja.Then start lah lampu dekat badan dia
berkelip-kelip.Lagi satu, lepas Ultraman menang bertarung dengan
raksasa, kompaun dari Pihak Berkuasa Tempatan akan menantinya atas sebab
merosakkan bangunan dan harta benda awam.
Maskman
Superheroes dari Jepun ini mempunyai masalah untuk bernafas kerana topeng suit mereka tidak mempunyai lubang di bahagian hidung.
Kamen Rider
Sering
menjadi mangsa semburan racun serangga dari pekerja ladang yang
menyangkakan Kamen Rider ialah serangga perosak kerana menyerupai
belalang.
Sering
menjadi mangsa lastik budak-budak nakal.Selain itu, Cicakman juga
menjadi buruan pemancing untuk dijadikan umpan ikan di tasik atau kolam
memancing.
p/s > X masok akai langsong...hehe...Enjoy Membaca...Bye
Masalah-Masalah Yang di Alami Oleh Superheroes












0 Orang Sudi Berbicara:
Post a Comment
Your Comments Right Here