Saturday, February 4, 2012

Oh! Orang Malaysia








Salam semua...Hari ney cuaca agak cerak dan suam kat tempat aq ney. Kali ney aq da search tenet jumpa statement ney...Utk orng Malaysia....tmasok la aq.....Pabila baca natang ney..pikiaq2 btoi gak...Silakan baca statement ney nou....


  • Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit
  • Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan
  • Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual
  • Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama
  • Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan oleh kerajaan
  • Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.
  • Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.
  • Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok
  • Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan
  • Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan
  • Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan
  • Perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor
  • Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'


Dah Baca...cuba kita renung sat2 tgok...btoi dak pa yang jd la ney orng Malaysia...
Klu sapa2 da nak tambah g silakan....Bye

p/s  > Ada la lam list tu aq wat gak...ngeh3


Hidup Mau Happy (^_^)

0 Orang Sudi Berbicara:

Post a Comment

Your Comments Right Here