Kaya dan miskin dah memang sinonim
dengan kehidupan di dunia.ada orang lahir-lahir dah jadi kaya sebab
bapak dia kaya.ada orang pulak start dari miskin dan atas usaha dan
kerja yang bersungguh-sungguh dorang jadi kaya-raya.ada jugak orang yang
mula-mula kaya raya lepas tu sebab bankrap jadi pulak papa kedana.walau
apa pun, kaya dan miskin kita tetap hamba-Nya yang Maha
Esa.Kadang-kadang orang yang miskin lebih kaya daripada orang yang kaya
raya.
Ada orang miskin harta tapi kaya budi.
Wang
harta bukan segalanya bagi golongan ni.kerja apa-apa pun tak kesa janji
ada rezeki.nak bagi makan anak bini.tapi bukan dengan merompak atau
mencuri.tak main la benda-benda keji macam ni.cuma yang halal sahaja
yang kami cari.
Ada orang kaya harta tapi miskin budi
Dia
ingat dia kaya di boleh buat suka-suka hati.rasuah sana rasuah
sini.ugut sana ugut sini.halal haram dah tak kira lagi.nak projek
berguni-guni.nak bagi untung kroni sendiri.kesianlah anak-anak bilis
macam kami.periuk nasi kami tertutup takde sape nak peduli.eh pegilah
mati...
Ada orang miskin dunia tapi kaya akhirat
Kais
pagi makan pagi.kais petang pulak buat makan esok pagi.tapi solat tak
pernah tinggal walau sekali.sentiasa berdoa dimurahkan rezeki.semoga
hidup sentiasa diberkati.
Ada orang kaya dunia tapi miskin akhirat
24
jam seminggu 7 hari.sentiasa sentiasa di pejabat sentiasa
busy.appointment sana appointment sini.solat 5 waktu tak penah peduli.tu
belum kira zakat dan haji lagi.habis appointment terus pergi party.arak
pulak dah jadi minuman hari-hari.adoyai.apa la nak jadi.
Ada orang miskin harta,miskin budi dan miskin akhirat tapi kaya dengan hutang
Gaji
seciput ada can nak berjudi.konon-konon kau boleh menang lah pertaruhan
tu nanti.bila duit dah pokai ada hati pulak nak mencuri.dah besar-besar
hukum agama pun tak reti-reti.last-last pegi pinjam ah long dia bagi
tempoh 30 hari.eh lu tak sayang anak bini?
Ada orang yang kaya bertukar miskin dan miskin bertukar kaya semata-mata kerana judi
Judi
tu kan haram apsal korang tak paham-paham lagi.padan muka sekarang dah
rugi.baru nak insaf tapi dah tak berguna lagi.pada yang kaya dengan
judi.ingat hidup korang tu nanti diberkati?lebih baik korang berhenti
sebelum korang mati.
Orang Kaya Vs. Orang Miskin....Mana Baguihh?








0 Orang Sudi Berbicara:
Post a Comment
Your Comments Right Here